6 Oktober 2026
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu menyaksikan seramai 60 pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2026.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Y.Brs. Tuan Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua MPK, yang dinobatkan pegawai Cemerlang Peringkat negeri Terengganu. Turut menerima anugerah ini ialah YM Che Ku Daylah binti Che Ku Abdullah, Pengarah Jabatan Perbendaharaan, MPK.
Semoga penganugerahan ini menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada seluruh warga MPK untuk terus meningkatkan prestasi dan memberikan komitmen terbaik dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.







