MENU
28 Jun : Majlis Perbandaran Kemaman telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Peningkatan Kemahiran Minyak Masak Terpakai 2024 yang telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Fadli Yusof bin Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman dan Yang Berusaha Tuan Munawir bin Mahadun,
 
Pengurus Kanan Strategi Perancangan Tatakelola dan Pelaksanaan Program Pejabat Petronas Wilayah Timur. Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat,Adun Chukai bertempat di Pusat 3R,Jalan Feri Lama,Chukai Kemaman.
 
Bengkel ini telah bermula sejak Mei 2024 melibatkan komuniti Daerah Kemaman. Bengkel ini dianjurkan
oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman,
Yayasan Hijau Malaysia(YHM), Impaclution Sdn. Bhd. dan Geng Plastik Ija.
 
Program yang dijalankan ini selaras dengan teras utama yang terkandung di dalam Pelan Pemerkasaan Kebersihan Daerah Kemaman 2022-2030 iaitu Melestarikan Alam Sekitar Dan Perbandaran Mampan Dan Berdaya Maju. Pelaksanaan bengkel ini menjadikan aktiviti kitar semula sebagai satu model perniagaan yang menguntungkan kepada komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG).
 
Fokus diberikan kepada 3 jenis sisa buangan iaitu minyak masak terpakai, plastik dan tekstil. Secara keseluruhan,100 orang peserta daripada komuniti yang terpilih telah mengikuti siri bengkel latihan
di mana mereka telah diajar tentang pengenalan & pengasingan bahan buangan terpakai serta penghasilan produk daripada bahan buangan.