MENU
3 Julai - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Semenanjung melaksanakan Sistem Pasport Keselamatan dikeluarkan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
 
Yang Berbahagia Encik Fadli Yusof bin Zakaria telah merasmikan majlis tersebut yang bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman. Insiatif itu bukan sahaja bagi melindungi kebajikan kakitangannya, malah pekerja yang berkhidmat untuk kontraktor atau vendor MPK.
 
“MPK Safety Passport (MPKSP) dikeluarkan setelah para pekerja menjalani kursus induksi keselamatan dan kesihatan pekerja (KKP). Dengan adanya pasport ini kebajikan pekerja akan lebih terjamin sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.