MENU

9 OKTOBER 2026 | JUMAAT

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah hadir menyertai International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2026 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

Program rasmi ini turut menyaksikan berlangsungnya Majlis Pertukaran Dokumen bagi Perjanjian Khusus untuk Pembangunan Transit Oriented Development (TOD) di Stesen Chukai, melibatkan projek usahasama strategik di antara pihak Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan Masavan Logistic Sdn Bhd. Pembangunan kawasan TOD ini meliputi kawasan seluas 1,030.6 ekar di Binjai, Kemaman yang dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi hijau dan logistik pintar di negeri Terengganu.

Kehadiran delegasi MPK telah diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua MPK, diiringi oleh Yang Mulia Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Setiausaha dan Tpr. Puan Rooslinda binti Mamat, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPK

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri Terengganu, serta YBhg. Dato' Haji Rosli bin Latif, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan YBhg. Dato' Haji Azran Amin bin Mazlan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.

Semoga inisiatif mampan ini terus memperkukuh potensi pelaburan negeri serta membawa kemajuan yang berterusan buat daerah Kemaman.

 

[Ke Galeri Gambar]