Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, Majlis Perbandaran Kemaman merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Negara kehilangan seorang insan yang cukup disegani. Seorang wanita yang lembut pekertinya, tenang peribadinya, dan besar jasanya buat masyarakat serta negara. Pemergian seorang tokoh seperti beliau pastinya meninggalkan rasa kehilangan yang sangat besar di hati ramai.
Ada insan yang hadirnya membawa ketenangan, dan bila perginya dirasai seluruh negara. Allahyarhamah akan sentiasa dikenang sebagai sosok wanita yang penuh adab, kebijaksanaan dan kemuliaan peribadi.
Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan menitipkan doa buat Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Al-Fatihah.
Ikhlas daripada,
Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman







