8 Oktober 2026
Pasukan audit dari Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah hadir ke Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk menyemak dan mengukur bina baharu/baik pulih rumah yang telah dilaksanakan oleh MPK. Sebanyak 10 buah rumah telah dilawat periksa iaitu lapan (8) buah rumah yang dibaik pulih dan dua (2) buah rumah bina baharu di kawasan yang terlibat.
Encik Abdul Hadi bin Wahab, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan mewakili MPK untuk lawat periksa ini, diiringi oleh pegawai-pegawai Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat serta Jabatan Kejuruteraan.







