MENU
25 Oktober 2023- Majlis perasmian Program Gotong-Royong Bersama Komuniti Dan Mengecat Mural bersempena dengan kitar semula. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Nor Sophia Azura binti Mohd Husin, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman.
Beberapa lukisan mural telah disiapkan pada bangunan kedai di Lorong Seni Kemaman. Para jemputan yang terdiri daripada komuniti sekitar, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bergotong-royong mengutip sampah di kawasan Taman Bandar, Lorong Seni dan Jalan Sulaimani serta menanam pokok hiasan. Aktiviti melukis mural ini merupakan fasa ke-2 yang telah berjaya dilaksanakan di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) seliaan Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.