17 Mei 2025, Sabtu - Program TRASH TO CASH & PASAR PERCUMA DI DEWAN SIVIK KERTEH yang telah diadadakan mendapat sambutan diluar jangkaan. Sekitar , jam 8:30 pagi orang ramai telah berpusu-pusu memenuhi program ini. Terima kasih kepada semua yang telah menghantar barangan kitar semula. Anda memang hebat kerana sentiasa menghargai alam sekitar dengan melupuskan sisa di tempat yang betul.
Terima kasih kepada penyumbang barangan untuk pasar percuma. Setelah 3 hari berkampung di Dewan Sivik Kerteh penghargaan tidak terhingga kepada kumpulan GPi, Asnaf Care dan INEOS PCG Acetyls yang sentiasa ada bersama pihak MPK menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini akan terus berlangsung bagi untuk semua masyarakat bagi mendapat memanfaat daripada usaha murni ini.