Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada YM Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman yang baharu berkuatkuasa pada 4 Mei 2025.
Sejurus tiba di MPK, Puan Setiausaha sempat meluangkan masa untuk bersama-sama melawati tapak bersama pelabur berpotensi daripada Joinn Laboratories (M) Sdn Bhd, diiringi oleh Puan Rooslinda binti Mamat, Pengarah Jabatan Perancang Pembangunan bagi Pembangunan Projek Makmal Eksperimen dan Pelihara Monyet di Zoo Kemaman.