Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) melalui Zoo Kemaman julung kalinya menjadi tuan rumah bagi penganjuran Latihan Amali Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) Kali Ke-17 Tahun 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 26 Oktober 2026.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman bertempat di Dewan Berlian Utama, MPK. Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Dennis Ten Choon Yung, Pengarah PERHILITAN Negeri Terengganu dan Yang Berusaha Dr. Kevin Lazarus, Pengerusi Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria (MAZPA).
Program ini menghimpunkan seramai 42 peserta daripada 15 buah zoo, akuarium dan agensi berkaitan bagi mengikuti latihan serta perkongsian ilmu dalam bidang pengurusan zoo, kebajikan hidupan liar dan pemuliharaan haiwan.
Penganjuran program ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara institusi zoo dan akuarium di Malaysia, di samping meningkatkan kompetensi, berkongsi amalan terbaik serta mempertingkatkan standard pengurusan hidupan liar.
Sebagai tuan rumah, MPK melalui Zoo Kemaman turut berpeluang memperluas jaringan kerjasama profesional dan memperkukuh peranan zoo sebagai pusat pendidikan, rekreasi, pelancongan serta pemuliharaan hidupan liar.
Semoga penganjuran ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta dan menyumbang kepada pembangunan industri zoo dan akuarium yang lebih profesional, progresif serta mampan di Malaysia.







