MENU

Majlis Perbandaran Kemaman sekali lagi menyahut cabaran Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan menjalankan Kempen Premis Makanan Bersih PBT 2021 sebagaimana yang telah dilaksanakan pada Disember 2019 di Medan Selera Jom Makan.

Medan Selera Pekan Kemasik telah menjadi pilihan pelaksanaan Kempen Premis Makanan Bersih pada tahun ini (2021).
Kerjasama semua pihak terutama pengusaha medan selera merupakan medium penting dalam memastikan objektif program iaitu kebersihan premis dan keselamatan makanan dapat dipertingkatkan.