MENU

Jabatan Alam Sekitar (DOE) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan MPK sedang mempamerkan Laporan EIA Bagi Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kemaman bermula 7 Januari 2019 sehingga 5 Februari 2019. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput untuk membaca laporan EIA tersebut di Kaunter No. 8, Kaunter Bersepadu Majlis Perbandaran Kemaman. Sebarang ulasan boleh dikemukakan sebagaimana borang yang disediakan.