PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI BAGI KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) FASA 2
Kerja-kerja pembinaan bangunan kediaman persendirian;
a. permohonan ini khusus kepada bangunan yang telah mendapat KELULUSAN PELAN BANGUNAN daripada pihak Majlis;
b. pembinaan yang tergendala dan baru;
c. melibatkan PEKERJA TEMPATAN dan pekerja daripada daerah Kemaman sahaja (60%);
d. pembinaan ini hendaklah dipohon oleh PEMILIK BANGUNAN SAHAJA;
e. tukang kayu biasa dan kontraktor berdaftar boleh menjalankan pembinaan ini (kontraktor G1 dan G2).
Proses untuk permohonan ini adalah selama 7 HARI dari tarikh penerimaan borang tersebut.
PERINGATAN!!!
Permohonan ini hanya diberikan atas SATU BANGUNAN SAHAJA bagi satu permohonan.
Borang boleh diperolehi di laman web majlis di http://mpk.terengganu.gov.my/ms/mpk/sumber/muat-turun-borang/jabatan-kawalan-bangunan.
Sebarang surat keputusan bagi permohonan tersebut boleh didapatkan di Pondok Kawalan Keselamatan, Majlis Perbandaran Kemaman.
TATACARA ‘DROP BOX’ :-
1) Sila imbas QR-CODE mengikut jenis urusan
2) Pastikan maklumat diisi dengan lengkap (dengan huruf besar)
3) Ambil gambar borang permohonan sebagai bukti pengemukakan
4) Masukkan borang ke dalam kotak yang disediakan