MENU
Program Pemantauan Kebersihan Bazar Ramadan 2024 telah dijalankan bermula pada 1 Ramadan di semua lokasi bazar di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kemaman.
 
Pemantauan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan Bazar Ramadan sentiasa dalam keadaan bersih dan peniaga- peniaga sentiasa mematuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan.
 
Amalan memerhati dan memilih makanan yg baik, selamat serta pengendali makanan yg bersih amat penting kerana ia antara langkah bagi mencegah kejadian keracunan makanan.
Oleh itu jadilah pengunjung dan peniaga yang bijak.