Permohonan Lesen Penjaja
1. Semua Permohonan lesen penjaja (Penjaja bergerak/ penjaja statik/Penjaja Sementara/penjaja tempat awam) hanya menggunakan borang permohonan yang sama iaitu Borang C – Borang Permohonan Lesen Penjaja/ Lesen Gerai/ Lesen Iklan Gerai
2. Borang permohonan asal sahaja yang diterima dan proses oleh jabatan ini.
3. Borang boleh didapati dari Kaunter Bersepadu (No 4 & No. 5), Bahagian Pelesenan, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kemaman, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu dengan bayaran RM5.00 per borang.
4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan berserta dokumen-dokumen berikut :-
Bil. |
Dokumen |
1. |
Salinan kad Pengenalan |
2. |
Salinan Pendaftaran Syarikat/Perniagaan (ROS/ROB) |
3. |
Salinan Dokumen Perjanjian Sewa Premis/ surat kebenaran/geran tanah yang disahkan/salinan dan surat kebenaran menggunakan kenderaan |
4. |
Pelan Lokasi Premis boleh didapati di Tingkat 4, Jab Perancang Bandar MPK |
5. |
Gambar lokasi tapak dari pandangan hadapan, tepi dan dalam premis / kenderaan (bagi penjaja bergerak guna kenderaan) |
6. |
Salinan kad Pemeriksaan Kesihatan Pengendali Makanan – Pemilik, Pekerja/ Pembantu |
7. |
Surat sokongan Jabatan: a. Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman b. Balai bomba & Penyelamat Chukai |
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
1. Menghantar borang permohonan ke kaunter yang sama.
2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan.
3. Proses kelulusan tapak bergantung kepada kekosongan tapak/laporan teknikal.
4. Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis.
5. Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui Jawatan Kuasa Pelesenan & Penguatkuasaan pada setiap bulan.
6. Keputusan permohonan akan di maklumkan melalui surat dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.