MENU

Permohonan Lesen Penjaja

1.     Semua Permohonan lesen penjaja (Penjaja bergerak/ penjaja statik/Penjaja Sementara/penjaja tempat awam) hanya menggunakan borang permohonan yang sama iaitu Borang C – Borang Permohonan Lesen Penjaja/ Lesen Gerai/ Lesen Iklan Gerai

2.    Borang permohonan asal sahaja yang diterima dan proses oleh jabatan ini.

3.    Borang boleh didapati dari Kaunter Bersepadu (No 4 & No. 5), Bahagian Pelesenan, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kemaman, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu dengan bayaran RM5.00 per borang.

4.    Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan berserta dokumen-dokumen berikut :-

 Bil.

Dokumen

1.

Salinan kad Pengenalan

2.

Salinan Pendaftaran Syarikat/Perniagaan (ROS/ROB)

3.

Salinan Dokumen Perjanjian Sewa Premis/ surat kebenaran/geran tanah yang disahkan/salinan dan surat kebenaran menggunakan kenderaan

4.

Pelan Lokasi Premis   boleh didapati di Tingkat 4, Jab Perancang Bandar MPK

5.

Gambar lokasi tapak dari pandangan hadapan, tepi dan dalam premis / kenderaan (bagi penjaja bergerak guna kenderaan)

6.

Salinan kad Pemeriksaan Kesihatan Pengendali Makanan – Pemilik, Pekerja/ Pembantu

7.

Surat sokongan Jabatan:

a.        Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman

b.       Balai bomba & Penyelamat Chukai

 Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

1.    Menghantar borang permohonan ke kaunter yang sama.

2.    Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan.

3.    Proses kelulusan tapak bergantung kepada kekosongan tapak/laporan teknikal.

4.    Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis.

5.    Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui Jawatan Kuasa Pelesenan & Penguatkuasaan pada setiap bulan.

6.    Keputusan permohonan akan di maklumkan melalui surat dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.