UNDANG-UNDANG KECIL GUNTING RAMBUT DAN PENDANDAN RAMBUT
(MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN) 1989 |
Q : Apakah yang perlu kami lakukan sebelum membuka sebuah kedai gunting rambut? |
A : Sebelum memulakan perniagaan, kamu perlu mendapatkan lesen daripada Majlis Perbandaran Kemaman terlebih dahulu.
|
Q : Apakah kehendak-kehendak yang perlu kami patuhi semasa menjalankan perniagaan? |
A : Kamu hendaklah sentiasa mematuhi UUK dengan menjaga kebersihan diri, premis , pelanggan dan perkakas yang kamu gunakan dalam perniagaan kamu serta tidak menjalankan aktiviti lain selain daripada menggunting atau mendandan rambut.
|
Q : Apakah yang akan terjadi jika kami melanggar undang-undang kecil ini? |
A : Seseorang yang melanggar mana-mana undang-undang kecil ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.
|
|
Tidak dapat menemukan jawapan ? Kirim Pertanyaan |