MENU

Projek Zooriculum

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be”.

Oleh itu, setelah dibuat kajian, pihak Taman Rekreasi & Zoo Kemaman mengenalpasti program berbentuk praktikal harus diterapkan dari taska, tadika, pra-sekolah dan sekolah. Pihak Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman telah mencipta satu projek iaitu Zooriculum. Objektif utama adalah :

  1. Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokan;
  2. Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual;
  3. Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar;
  4. Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan;
  5. Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat dan
  6. Menerapkan nilai-nilai murni

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 09-8596645 / 6644

Koleksi gambar-gambar sepanjang Projek Zooriculum diadakan. Klik di sini

z