MENU

Apakah itu SmartBin Waste Management?

SmartBin Waste Management adalah satu sistem yang dibangunkan untuk menguruskan sisa pepejal dengan lebih tersusun dan idealistik.

Siapakah yang terlibat dalam pembangunan sistem ini?

Sistem ini telah diilhamkan oleh pihak MPK bagi menangani isu pengurusan sisa pepejal di Daerah Kemaman dan telah dibentangkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Hasil sumbang saran ini telah diterjemahkan dalam bentuk sistem yang unik oleh pihak UTM yang diketuai oleh pensyarah kanan, Fakulti Komputeran, UTM, Dr Mohammad Nazir Ahmad.

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Perbincangan awal berkaitan sistem ini dengan mengemukakan idea-idea dan kaedah pelaksanaan untuk diterjemahkan dalam sistem telah bermula pada November 2016.
Setelah persetujuan dicapai sebuah prototaip berfungsi penuh, mudah dan praktikal telah diuji sepenuhnya pada Mei 2017.
Pengoperasian sistem ini adalah bercirikan integrasi dengan aplikasi web dan telefon pintar serta melibatkan perlabelan sistem kod unik pada setiap tong sampah.

Data pungutan sampah dapat direkodkan secara online dan offline menggunakan telefon pintar. Data ini terus dipaparkan secara info grafik yang menarik pada sistem pemantauan terpusat yang dibangunkan sebagai aplikasi web. Semua transaksi dibuat secara masa nyata.

Keberkesanan sistem ini?

Sistem ini telah diuji sepenuhnya terhadap 2700 lebih buah tong sampah yang telah ditampal kod yang dikenali sebagai QR Code. Operator lori kompaktor bertanggungjawab untuk mengimbas QR Code  yang ada pada tong sampah tersebut.

Setiap data yang di imbas akan dipaparkan secara masa sebenar (real time) pada paparan dashboard dan jadual kutipan. Data-data imbasan dapat diterjemahkan  dalam bentuk infografik. Selain itu, data kutipan dapat dilihat pada bila-bila masa dan pihak  MPK dapat mengesan sekiranya kutipan tidak dibuat. Seterusnya, dapat memudahkan pemantauan dari segi masa dan lokasi kutipan sampah.

Pihak MPK  akan membuat pemotongan bayaran dan denda sekiranya terdapat sampah didalam tong-tong sampah yang tidak dipungut.

Hasil inovasi ini, pihak MPK dapat mencapai matlamat dalam menjadikan pengurusan sisa pepejal yang sistematik dan cekap, meningkatkan kualiti pengurusan sampah dan kebersihan persekitaran, memenuhi tahap kepuasan penduduk setempat dan yang paling penting dapat mengelakkan masalah dan isu kesihatan awam.

Pencapaian Smartbin Core

Smartbin Core telah memenangi anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di pertandingan 1 Inovasi 1 Jabatan 1 Tahun pada tahun 2018. Hasil dari kemenangan itu pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menggunakan sistem ini diseluruh Pihak Berkuasa Tempatan negeri Terengganu. Produk ini telah digunapakai di seluruh negeri Terengganu bermula pada Jun 2019 dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu. Antara pencapaian Smartbin Core :

BIL

TARIKH

PROGRAM

PENCAPAIAN

1
24.12.2018 - Pertandingan 1 Inovasi 1 Jabatan 1 Tahun
Peringkat Negeri Terengganu 2018
Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
2
Mac - Jun -Lawatan ke setiap PBT negeri Terengganu untuk penggunaan smartbin
3
25.8.2019 -Majlis Pelancaran Sistem Smartbin Waste Management Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu oleh Menteri Besar Terengganu
4
8.10.2019 -Karnival Inovasi ICT Peringkat Negeri Terengganu Johan Pameran Terbaik
5
28.10.2019 -Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2019 Anugerah Pencapaian Inovasi Terbaik Negeri Terengganu 2019