MENU
jp
 
map
 
Pandangan Awam Terhadap Hala Tuju Pembangunan Mak Lagam
 
SOAL SELIDIK TERHADAP PEMBANGUNAN MAK LAGAM DAN POTENSI SERTA ISU PEMBANGUNAN
 
Borang soal selidik ini disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pandangan dan informasi terhadap kawasan Kajian Khas Perancangan dan Pembangunan di Mak Lagam . Ia meliputi pelbagai aspek termasuk aspek pembangunan, ekonomi , pertanian, perniagaan serta potensi/isu kebarangkalian yang terdapat di Mak Lagam. Ia merupakan sebagai langkah awal bagi penyediaan Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Mak Lagam, Kemaman.
 
Tempoh soal selidik ini bermula pada 05 Jun 2024 sehingga 20 Jun 2024 dan terbuka kepada orang ramai secara atas talian.
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ahmad Faiez bin Mohammed di talian 019-958 4088 dan Encik Mohamad Mukram Mukmin bin Che Othman di talian 011-1941 2491.
 
Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam memberikan maklum balas melalui borang soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.